31 Januari 1900 Mat Salleh terbunuh di Tambunan

Hari ini 123 tahun yang lalu, Datu Mat Salleh terbunuh di Tambunan, Sabah.
Muhammad Salleh lahir di Inanam di mana bapanya Datu Balu yang berdarah Suluk adalah pemimpin masyarakat di situ. Mereka berpindah ke Sugut & Datu Balu menjadi ketua komuniti di Lingkabau & Sungai Sugut, kemudian diambil alih oleh anaknya.
Mat Salleh mengutip cukai daripada pedagang yang melewati Sungai Sugut & hal ini tak disenangi British, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan & memusnahkan kubunya di Sungai Sugut dalam siri pertembungan pada 1896-1897.
Berjaya melarikan diri, Mat Salleh & pengikutnya bangkit menentang, bermula dengan menyerang & memusnahkan pejabat pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Pulau Gaya pada Julai 1897 kemudian pejabat Residen SBUB di Ambong.
British membalas dengan menyerang kubu Mat Salleh di Ranau pada Disember itu namun tewas. Mereka kembali dengan angkatan lebih besar pada Januari 1898, memaksa Mat Salleh berundur ke Kg. Tibabar, Tambunan & mendirikan kubu yang lebih kukuh.
Termeterai rundingan damai di Kg. Palatan, Ulu Menggatal pada April 1898. Namun bila British berpakat dengan komuniti Taiwan yang bermusuhan dengan Mat Salleh pada Januari 1899, beliau melancarkan semula serangan memaksa British keluar dari Tambunan.
British menghantar angkatan bersenjata ke Tambunan & bermula pertempuran pada 1 Januari 1900. Satu demi satu pertahanan tumbang & kampung di Tambunan ditawan British sebelum mereka tiba di kubu Mat Salleh di Kg. Tibabar pada 27 Januari.
Selepas 4 hari dikepung & dibedil, akhirnya kubu pertahanan terakhir Mat Salleh itu dirempuh British. Beliau terkorban ditembak mesingan pada tengahari 31 Januari itu bersama sekitar 1,000 pengikutnya, mengakhiri 6 tahun penentangannya.
Sebuah tugu didirikan di lokasi gugurnya Mat Salleh, memperingati episod pertama perjuangan anak watan melawan penjajah di bumi Sabah.
Gambar: Satu-satunya foto Mat Salleh (bertanda X) yang diketahui.
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button