Arab Saudi menghadapi cuaca tidak menentu
ARAB SAUDI: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan kebanyakan kawasan di negara itu akan mengalami suhu dan cuaca yang tidak menentu hingga Jumaat depan.
Mulai Isnin hingga Ahad, daerah Tabuk, Al-Jouf, bahagian utara sempadan Saudi, Hail, Al-Qassim, Riyadh, Al-Sharqiyah selain beberapa kawasan di Makkah dan Madinah akan mengalami tiupan angin yang berdebu.
Keadaan itu mungkin membawa kepada ribut pasir yang menyebabkan kurang atau hampir sifar daya penglihatan serta ombak laut yang tinggi.
Ribut petir sederhana hingga teruk dijangka berlaku dari Isnin hingga Rabu di Tabuk, bahagian utara sempadan Saudi dan Al-Jouf.
Mulai Khamis hingga Rabu pula, ribut petir sederhana hingga berbahaya diramalkan di Hail, Al-Qassim, Al-Sharqiyah dan Madinah, disusuli hujan batu serta hujan lebat.
Riyadh, Al-Sharqiyah, termasuk Al-Khobar dan Dammam, Dhahran, Al-Ahsaa, Makkah, termasuk Jeddah, Taif dan Rabigh akan mengalami ribut petir biasa hingga sederhana
Manakala salji turut diramalkan di kawasan tanah tinggi Tabuk esok dan Khamis ini.
AFP