Boris Johnson dedah diugut Putin

Boris Johnson dedah diugut Putin
BORIS JOHNSON

LONDON: Presiden Russia, Vladimir Putin pernah mengancam untuk menyasarkan bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson secara peribadi dengan serangan peluru berpandu sejurus sebelum mengarahkan tentera Russia masuk ke Ukraine.

Menerusi dokumentari yang disiarkan di saluran BBC, Johnson memberitahu, ancaman tersebut diterima dalam panggilan telefon sebelum pencerobohan pada 24 Februari tahun lalu.

Johnson dan pemimpin Barat yang lain dilaporkan bergegas ke Kyiv untuk menunjukkan sokongan kepada Ukraine dan cuba menghalang serangan Russia.

“Dia seperti mengancam saya pada satu ketika dan berkata, ‘Boris, saya tidak mahu mencederakan kamu, tetapi dengan peluru berpandu, ia hanya akan mengambil masa seminit’, atau sesuatu seperti itu,” jelas Johnson memetik kata-kata Putin.



Johnson muncul sebagai salah seorang pemimpin Barat yang menjadi penyokong kuat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Johnson mendedahkan, sebelum pencerobohan, beliau berusaha meyakinkan Putin bahawa tidak ada kemungkinan Ukraine menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sambil memberi amaran sebarang pencerobohan hanya akan meningkatkan pengaruh NATO di sempadan Russia.

“Dia bertanya saya, adakah benar Ukraine tidak akan menyertai NATO dalam masa terdekat.

“Saya berkata, Ukraine tidak akan menyertai NATO untuk masa hadapan yang boleh dijangka dan Putin mengetahuinya.



“Mengenai ancaman peluru berpandu, saya fikir dari nadanya yang bersahaja, mungkin beliau sengaja bermain dengan percubaan saya untuk memintanya berunding mengenai hal itu,” jelas Johnson.

Dokumentari BBC mencatatkan jurang yang semakin meningkat antara pemimpin Russia dan Barat pada tahun-tahun sebelum pencerobohan Ukraine.

Dokumentari itu juga memaparkan Zelensky merenung tentang cita-citanya untuk menyertai NATO yang digagalkan sebelum serangan Russia.

“Jika anda tahu bahawa esok Russia akan menduduki Ukraine, mengapa anda tidak memberi saya sesuatu hari ini yang boleh saya gunakan untuk menghentikannya? Atau jika anda tidak boleh memberikannya kepada saya, sepatutnya hentikan lah ia sendiri,” katanya.- AFP



Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

Boris Johnson dedah diugut Putin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button