22 tahun Dr. M dicemari kontroversi kewangan, kronism – Anwar

22 tahun Dr. M dicemari kontroversi kewangan, kronism – Anwar

22 tahun Dr. M dicemari kontroversi kewangan, kronism – Anwar
ANWAR IBRAHIM dan DR. MAHATHIR MOHAMAD

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan beliau memfitnah Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu bahawa bekas Perdana Menteri itu menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan peribadi dan keluarga serta bersifat perkauman ketika berkuasa selama 22 tahun.

Perdana Menteri menegaskan, tempoh pemerintahan Dr. Mahathir dicemari pelbagai kontroversi kewangan termasuk bail-out dan dasar penswastaan yang memberi manfaat kepada individu-individu terpilih berbanding masyarakat Melayu.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, meskipun kerajaan mengumumkan tidak akan bail out syarikat-syarikat yang bermasalah ketika Krisis Kewangan Asia 1997, namun Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad (KPB).

KPB kini dikenali sebagai Pos Logictics Berhad yang mana anak sulung bekas Perdana Menteri, Mirzan ketika itu adalah pengarah dan pemegang saham majoriti.



Anwar yang juga Presiden PKR turut menegaskan, pada 6 Mac 1998, Petronas mengumumkan untuk mengambil alih aset-aset perkapalan KPB atas arahan Dr. Mahathir walaupun beliau (yang ketika itu Menteri Kewangan) membantahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau


Menurut Anwar, bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mengarahkan beliau mencipta satu skim khas bertujuan mengeluarkan  kira-kira RM2 bilion daripada Perbendaharaan untuk membantu KPB.



“Plaintif (Dr. Mahathir ) ternyata kecewa dengan jawapan saya dan menekankan bahawa ia akan memalukan Mirzan dan beliau sendiri jika perkara tersebut dibentangkan kepada Parlimen untuk dibahaskan,” ujar Anwar dalam pembelaannya yang difailkan kelmarin melalui Tetuan Thomas Philip.

Pada 3 Mei lalu, Anwar disaman oleh Dr. Mahathir bagi menuntut ganti rugi RM150 juta atas dakwaan memfitnah berhubung ucapan dasar yang dibuat oleh bekas timbalannya itu pada Kongres Nasional Khas 2023 pada 18 Mac lalu.

Anwar selanjutnya menegaskan, dakwaan bahawa Dr. Mahathir menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan keluarga dibuktikan melalui tindakan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) memberikan kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn. Bhd. (Opcom).  Opcom merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan membekalkan sistem kabel fiber optik dan perkhidmatan kejuruteraan, yang mana ketika itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah pengarahnya bermula 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau



Ujar Anwar, melalui surat award bertarikh 17 November 2003, Telekom telah melantik Opcom sebagai kontraktor bagi pembekalan kabel fiber optik dan perkhidmatan kejuruteraan dengan jumlah kontrak sebanyak RM214.2 juta.

Anwar selanjutnya menyatakan, pada 2002, Petronas turut memberikan lesen fabrikasi (offshore structures) yang besar kepada Kencana Petrolium Berhad (sebelum itu dikenali sebagai Kencana Capital Sdn. Bhd.) yang ketika itu baru ditubuhkan oleh anak lelaki kedua plaintif, Tan Sri Mokhzani. Kencana Capital kemudian dijenamakan semula sebagai Kencana Petrolium Berhad (kini dikenali sebagai SE Petroleum Berhad).

Dalam pembelaannya, Perdana Menteri turut menyatakan, Dr. Mahathir turut memberikan sokongan terhadap kroni beliau termasuk isu melibatkan Perwaja Steel yang kerugian besar ekoran gagal mematuhi prosedur dan amalan kewangan standard.



Tan Sri Eric Chia merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Perwaja ketika itu manakala akaun pengurusan setakat 31 Disember 1995 menunjukkan kumpulan itu mempunyai liabiliti semasa bersih sebanyak RM926 juta, liabiliti jangka panjang sebanyak RM6 bilion dan defisit hampir RM1.9 bilion dalam dana pemegang saham.

Ujar Anwar, pada 1998, laporan lengkap mengenai Kumpulan Perwaja menunjukkan terdapat bukti  bahawa Dr. Mahathir memberi kuasa membenarkan Eric Chia dan pihak pengurusan untuk meluluskan dan memasuki kontrak besar tanpa tender dan tanpa rujukan kepada Lembaga Pengarah Perwaja atau Perbendaharaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Anwar seterusnya menegaskan,  tindakan saman oleh Tun Dr. Mahathir terhadap beliau bertujuan melemahkan kredibilitinya dan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan perpecahan kaum yang akan memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan di enam negeri.

Perdana Menteri menyatakan, alasan itu terbukti melalui Sijil Perakuan Segera bertarikh 3 Mei lalu  yang menyatakan bahawa tindakan saman itu mesti dilupuskan secepat mungkin kerana Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah bakal mengadakan pilihan raya negeri (PRN).

Presiden PKR itu berkata, Dr. Mahathir  yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan mempunyai peluang mencipta dan melaksanakan dasar-dasar menaikkan masyarakat Melayu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, bekas Perdana Menteri bertindak membangkitkan isu-isu tersebut untuk melemahkan beliau dan kekal relevan dari segi politik apabila tidak lagi berkuasa. Sehubungan itu, Anwar memohon tuntutan saman itu ditolak dengan kos. – UTUSAN



22 tahun Dr. M dicemari kontroversi kewangan, kronism – Anwar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button