Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri [VIDEO]

Tindakan undang-undang menanti pemfitnah isu hamilkan

Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri

Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri
Ismail bertegas ambil tindakan undang-undang.

PENYANYIΒ Ismail Izzani tidak akan membuat sebarang penjelasan bagi mempertahankan diri di media sosial susulan namanya dikaitkan dengan tuduhan menghamilkan seorang wanita baru-baru ini.

Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, sebaliknya berkata, kali ini dia bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba memfitnah dan mencalarkan nama baiknya.

“Isu itu bermula dengan komen netizen yang menyebut nama saya tapi dia sebut mungkin disebabkan saya banyak buat hal sejak akhir-akhir ini.



“Saya akan membela diri tapi bukan dengan membuat penjelasan dekat media sosial.

“Selepas berbincang dengan keluarga dan pihak pengurusan, saya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sebut nama saya kerana ia tidak benar,” katanya kepada mStar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua “Tun Tua” akan lancar β€œSerangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?


Dalam pada itu, Ismail tidak menolak ada pihak tidak berpuas hati dengannya kerana pernah menerima mesej berbuar ugutan daripada seorang wanita tidak dikenali.

Kata pelakon Bukan Hanya Sekadar Cinta ini, setakat ini dia masih boleh bersabar dengan gangguan wanita tersebut kerana ia masih belum sampai ke tahap memudaratkan diri dan keluarganya.



“Saya tidak pasti sama ada kes hamil ini daripada orang sama atau tidak, tetapi memang ada individu yang sentiasa buat akaun baru dan hantar mesej kepada saya secara kerap.

“Mesej yang saya terima juga pelik, bercakap fasal bomoh yang buat saya risau tapi nak block macam tidak guna, jadi saya telan saja apa dia kata,” luahnya.

Saya percaya Allah bagi cabaran sebab nak tengok macam mana saya hadap dan selesaikan.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Sementara itu, Ismail menganggap apa menimpanya sebagai cabaran meskipun kontroversi melandanya seolah-olah tidak berkesudahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal


Kontroversi yang melanda juga membuatkan dia lebih menjaga pergaulan dan tingkah laku kerana tidak tahu siapa yang mempunyai niat tidak baik terhadapnya.

“Saya percaya Allah bagi cabaran sebab nak tengok macam mana saya hadap dan selesaikan.

Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri

“Tapi apa yang berlaku macam wake up call untuk saya selesaikan perkara tertentu dalam hidup saya… Saya juga lebih berjaga-jaga dengan siapa (berkawan) dan tingkah laku,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Ismail dikaitkan dengan dakwaan seorang wanita yang mendakwa seorang selebriti lelaki enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan dirinya.

Lebih malang, artis berkenaan mendesak dia menggugurkan kandungan sebelum meninggalkannya begitu sahaja.

 

Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri
Ismail utamakan keselamatan keluarga.

Bagaimanapun netizen memetik nama Ismail sebagai selebriti lelaki dimaksudkan sebelum dinafikan oleh pemilik akaun Tiktok yang mendedahkan perkara itu.

Pemilik akaun berkenaan juga bertindak memohon maaf kepada Ismail sebelum menyahaktifkan profil TikTok tersebut.

Ibu Ismail iaitu Datin Suzila Salam menerusi kenyataan ringkas kepada mStar tidak terkejut dengan dakwaan tersebut yang dianggap fitnah kerana ia bukan kali pertama berlaku.

Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker