PM lantik Johari Ghani ketuai pasukan petugas

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam seperti dilaporkan Bloomberg.

Pada 2020, kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pulangan aset 1MDB yang dirampas di seluruh dunia, bernilai AS$1.4 bilion.

Bulan lalu, Johari menggesa kerajaan menyiasat peranan pihak yang terbabit dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs, menyifatkan itu sebagai tidak adil dan meragukan.

Beliau berkata, Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, sekali gus meraih AS$600 juta sebagai yuran komisyen.

Johari berkata, sabitan dua bekas pekerja Goldman Sachs turut menjadi bukti penyelesaian itu meragukan.

Hari ini, mahkamah di New York menjatuhkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dengan hukuman penjara 10 tahun kerana terbabit dalam skandal 1MDB.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button