Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Akan keluar parti dalam masa terdekat?

 

Oleh – Bakhtiar Omar


 

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Spekulasi berkaitan 2 MP Umno bakal letak jawatan sudah mula tersebar luas. Keduanya dipercayai akan melepaskan jawatan sebagai MP (Member of Parliament) berikutan kecewa dengan politik hari ini.

Difahamkan ahli Parlimen tersebut merupakan antara yang terkesan dengan pembersihan dalaman yang dilakukan Umno baru-baru ini. Umno melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi telah bertindak menggantung serta memecat beberapa nama ‘besar’ berikutan pelanggaran Perlembagaan Parti yang telah dilakukan.

Menambah parah, MP tersebut dijangkakan akan turut menyertai parti lain bagi meneruskan agenda politiknya dan akan membawa bersama sokongan daripada mereka yang telah digantung keahlian.

Tindakan ahli Parlimen tersebut dikatakan turut mendapat ‘restu’ dari kalangan yang senada dengannya dan mereka berikrar untuk bersama ‘menjatuhkan’ kepimpinan Umno sediada dengan apa cara sekalipun.



Oleh demikian, tindakan drastik perlu dilakukan walau terpaksa tidak boleh bertanding selama 5 tahun kerana Akta Anti Lompat Parti.

Undang-undang tersebut menggariskan peraturan seseorang ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan dan tidak boleh bertanding selama 5 tahun jika memilih untuk bertukar parti.

KELUAR UMNO DAN SERTAI ‘LAWAN’ UNTUK BENAM UMNO, APA KATA AHLI UMNO?

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
Grafik ‘Blackops’ sebaran Kumpulan Whatsapp

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu telah memikirkan untung rugi karier politiknya sekiranya terus bertahan dalam Umno. 

Sudah pasti beliau tidak boleh mencapai cita-cita dalam politik apabila digantung keahlian dan ini sesuatu yang sukar untuk dihadamkan.



Banyak yang beliau tidak boleh lakukan selama 6 tahun tempoh penggantungan kecuali seluruh kepimpinan Umno bertukar. Untuk menukar seluruh kepimpinan, sudah pasti hanya boleh dilakukan dengan meruntuhkan Umno dari dalam dan luar.

Untuk mencapai hasrat tersebut, meninggalkan parti adalah pilihan terakhir beliau dan mengubah haluan merupakan satu-satunya pilihan yang ada.

Sebenarnya, sekiranya ahli Parlimen tersebut berbuat demikian, tindakannya tidak mendatangkan impak besar langsung kepada Umno, malah akan menguatkan lagi kepimpinan sediada.

Konflik ini akan membuka mata ahli Umno sendiri adakah ahli Parlimen tersebut berpegang kepada prinsip politik atau hanya berpolitik berkepentingan sahaja.



SUDAH ADA PARTI SEDIA TERIMA PENANDA TANGAN AKUAN BERSUMPAH?

Desas-desus sebuah parti yang bersedia menerima penanda tangan akuan bersumpah juga semakin meluas kedengaran di merata tempat.

Ada yang menyokong tindakan mereka, tidak kurang ada yang mengecam apa yang telah dilakukan mereka ketika konflik memilih kerajaan berlaku.

Lebih menarik, ketetapan semasa PAU 2021 turut dijadikan sebahagian dari naratif bagi membina kebencian terhadap pemimpin Umno itu sendiri.



Walau pada mulanya ahli Parlimen tersebut agak berat menerima kenyataan Umno/BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan, akhirnya beliau akur dengan penubuhan tersebut.

Namun, yang salah tetap salah dan mereka perlu dihukum. Pelanggaran Perlembagaan Parti yang telah dilakukan mereka sebenranya banyak mengundang padah. Ini kesilapan yang telah menyebabkan Umno terus dianggap sebagai sebuah parti yang semakin tua dan lemah.

‘KERANA NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR’

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Madah basa-basi orang lama sering mengingatkan agar tidak bertindak mengikut nafsu. Begitu juga dalam berpolitik kerana satu kesilapan akan membawa padah berpanjangan.



Namun, hati manusia siapa tahu? Hanya kerana kecewa dengan politik, apa sahaja kemungkinan boleh terjadi dan setelah perancangan sejak 2018 tidak terlaksana, mungkin inilah masa paling sesuai untuk menunjukan belang sebenar.

Pada perkiraan ahli Parlimen tersebut, apabila beliau sudah tidak lagi bernilai dalam Umno, mungkin ada pihak lain lebih menghargainya. Oleh demikian, lebih baik mencari jalan keluar lebih awal sebelum sebarang tindakan lain dilakukan terhadap dirinya.

Lebih baik membakar kelambu sebelum nyamuk terus menyerang!

ADA KAITANKAH?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button