‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?

Bakal mengegarkan politik tanahair

Oleh – Bakhtiar Omar


'Langkah Sheraton 2.0' naratif baru BERSATU?

BERSATU kini dalam dilemma apabila SPRM mengesahkan pembekuan akaun parti tersebut, namun sudah ada desas desus ‘Langkah Sheraton 2.0’ akan diaktifkan bagi membina naratif baru BERSATU.



Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19. – Tan Sri Azam Baki – 1/2/2023

Tidak menamakan siapa sebalik gerakan ‘Langkah Sheraton 2.0’, ada dakwaan Presiden BERSATU akan digantikan dengan individu baru selepas SPRM mengambil tindakan samada menahan atau melakukan siasatan lanjut terhadap pengaliran wang dalam akaun tersebut.

Lebih mengejutkan, bukan sahaja watak baru akan mengambil alih kedudukan Presiden BERSATU, malah dijangkakan ada sekelompok ahli Parlimen akan menyertai ‘Langkah Sheraton 2.0’  bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus goyah sekaligus menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku lagi sekali.

'Langkah Sheraton 2.0' naratif baru BERSATU?



AKTA LOMPAT PARTI TIDAK JADI PENGHALANG BILA BERPEGANG KONSEP ‘NOTHING TO LOSE’

Di sebalik Akta Lompat Parti yang telah diluluskan di Parlimen, kalangan mereka yang akan terlibat dengan ‘Langkah Sheraton 2.0’ tidak lagi menimbangkan risiko kerana matlamat mereka ialah menghalang pembongkaran pelbagai ketirisan yang pernah dilakukan dalam kerajaan sebelum ini.

Bagi menjalankan gerakan tersebut, satu kerjasama akan dibentuk oleh individu dalam BERSATU bersama beberapa individu lain dari luar parti untuk memastikan Kerajaan Perpaduan hanya bertahan 6 bulan sahaja.

Sumber kewangan dipercayai akan dibawa masuk dari luar untuk menjayakan ‘Langkah Sheraton 2.0’ akan digunakan bagi ‘membeli’ sebanyak mungkin sokongan bagi memastikan majoriti sokongan kepada kerajaan sekarang terus merosot. 

Ini akan membolehkan satu lagi perancangan baru dilakukan untuk mengambil alih Putrajaya secara ‘halal’ melalui Pilihanraya mengejut.



Namun, semua desas desus ini tidak akan berjaya dilakukan sekiranya pencetus ‘Langkah Sheraton 2.0’ diambil tindakan terlebih dahulu oleh SPRM.

NARATIF ‘LANGKAH SHERATON 2.0’ LEBIH TAMPAK MEYAKINKAN SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN?

Dalam naratif yang sedang dirancang untuk ‘Langkah Sheraton 2.0’, watak watak baru akan menguasai keseluruhan BERSATU dengan kehadiran seorang Presiden yang diyakini lebih mampu menjalankan tugasnya.

Malah, dipercayai dengan bantuan oleh sekelompok ahli politik yang nekad beralih arah, BERSATU dijangkakan akan menjadi antara pilihan rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan baru.

Pengalaman sediada pada kelompok baru yang akan bekerjasama dalam ‘Langkah Sheraton 2.0’ akan digunapakai bagi menarik sokongan para penyokong mereka dari parti asal bersama elemen simpati selepas tidak mendapat apa-apa faedah dalam Kerajaan Perpaduan.



Ini akan memudahkan semua rancangan berjalan dengan lebih baik dan segala kewujudan keraguan berkaitan akauntibiliti ahli politik terpadam.

Bersatu has accused the government of using the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) as a political tool, after the anti-graft agency froze the party’s accounts.

Bersatu secretary-general Hamzah Zainudin said he regretted the government’s actions and claimed it was aimed at destroying the credibility of the party and Perikatan Nasional. – Hamzah Zainudin – 1/2/2023

Semalam, Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin mengecam tindakan SPRM yang telah bertindak membekukan akaun BERSATU.



Beliau menyatakan SPRM digunakan Kerajaan sebagai ‘alat politik’ bagi mengenakan BERSATU dengan dakwaan rasuah. Jika diteliti akaun BERSATU sememangnya meragukan kerana penyata akaun menunjukkan kemasukan wang dengan jumlah yang agak besar sebagai derma politik.

Mengapa BERSATU perlu gusar sekiranya mereka yakin tidak wujud sebarang ketirisan wang rakyat sepanjang Perikatan Nasional memerintah? Adakah benar angka-angka meragukan dalam akaun adalah hasil kegiatan ‘luarbiasa’ yang berlaku sepanjang mereka memerintah?

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading