Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara

Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara

Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara

Penyokong pemimpin UMNO yang diambil tindakan disiplin oleh MKT UMNO berusaha sedaya upaya untuk menggembar-gemburkan isu tersebut.

Dengan dibantu oleh sekutu mereka yang berada di pihak Perikatan Nasional (PN), pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.



DS Zahid dituduh debagai ditaktor, UMNO kuat di dalam tetapi semakin lemah di luar, UMNO mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sebagainya.

Ada juga yang berkata kononnya tindakan yang diambil oleh MKT UMNO itu akan memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi negara.

Mereka berhujah kononnya negara akan sekali lagi dilanda krisis politik yang akan mengakibatkan ekonomi negara menjadi semakin parah.

Pada pandangan penulis, isu tindakan disiplin yang diambil ke atas pengkhianat UMNO bukanlah satu isu yang besar hingga mampu menggugat kestabilan negara.



Krisis Kepimpinan UMNO Sekarang Berbeza Dengan Krisis Kepimpinan UMNO Pada Tahun 1998

Peristiwa pemecatan perdana menteri sekarang, DS Anwar Ibrahim, pada tahun 1998, tidak mungkin akan berulang.

Antara sebabnya adalah:

  • bukti kepada alasan pemecatan Anwar Ibrahim tidak dapat dilihat dengan jelas oleh akar umbi UMNO dan rakyat.
  • akar umbi dan rakyat melihat pemecatan dilakukan dengan berpaksikan kepentingan politik dan alasan pemecatan hanya sebagai untuk menghalalkan cara.
  • Paling ketara, Anwar bukan sahaja dipecat dari jawatan Timb Presiden UMNO, tetapi juga dari jawatan Timb Perdana Menteri.
  • alasan kepada tindakan disiplin yang dilakukan sekarang dapat dilihat dengan jelas oleh akar umbi dan rakyat.
  • malah pengkhianatan bukan hanya dilakukan sehari dua tetapi sejak pasca PRU 14.
  • akar umbi dan rakyat dapat memahami pengkhianatan yang dilakukan melalui kenyataan dan tindakan yang mereka lakukan selama ini.

Penulis yakin, isu tindakan disiplin yang diambil oleh MKT UMNO ke atas pengkhianat tidak memberikan kesan yang buruk kepada negara.

Buktinya sangat jelas, tidak ada perhimpunan besar-besaran dilakukan oleh rakyat, hatta penyokong pemimpin tersebut untuk membantah.



Manakala pasaran saham di Bursa Malaysia berada dalam keadaan stabil, malah nilai ringgit juga tidak jatuh.

Tiada kecaman dari negara luar, kerana tindakan pemecatan dan penggantungan itu hanya dilakukan di peringkat parti dan tidak melibatkan kerajaan yang memerintah.

Tetapi sekiranya kepimpinan UMNO sekarang berjaya ditukar, maka kestabilan kerajaan yang memerintah pasti tergugat.

Maka sekali lagi negara akan terjebak dengan krisis politik yang pasti akan memberikan kesan yang cukup buruk kepada ekonomi dan rakyat.



Mahukah kita melalui era kegelapan sekali lagi?

 

Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button