Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa

Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa

Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa

Untuk merawat sakit biasa seperti demam panas, cirit birit, sakit perut dan lain-lain, kita hanya memerlukan doktor biasa yang biasanya digelar doktor panadol seperti Dr Mahathir.

Tetapi apabila seseorang itu sudah mengalami sakit yang serius hingga kesannya boelh membahayakan nyawa, doktor panadol sudah tidak mampu merawatnya.

Ketika itu, untuk menyelamatkan nyawa, pakar bedah dan pasukannya yang terlatih diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.

Begitu juga dengan keadaan UMNO sekarang.

Pasca PRU 14, UMNO dilanda pelbagai penyakit.

Dari selsema burung, Covid-19 semuanya ada di dalam UMNO sehingga UMNO dilihat sebagai gedung penyakit.

Untuk menyelamatkan UMNO, seorang pakar bedah dengan pasukan beliau yang cukup terlatih sangat-sangat diperlukan.

Berikan Sokongan Dengan Permudahkan Usaha Pemutihan UMNO

Ibarat pakar bedah, Presiden UMNO, DS Zahid dan pasukan beliau yang ada sekarang dilihat sudah berjaya membuang sebahagian dari punca penyakit UMNO.

Baca di sini:

http://thick-brick.blogspot.com/2023/01/zahid-umnos-surgeon-from-ponorogo.html

Walau pun masih ada sebahagian lagi yang masih tinggal, namun kita memahami, pakar barah terbaik dunia sekali pun tidak boleh merawat barah dengan satu pembedahan sahaja.

Ianya mesti dilakukan secara berperingkat untuk mengurangkan risiko negatif kepada pesakit.

Kita dapat melihat masih ada sisa-sisa barah yang masih cuba aktif di dalam UMNO.

Mungkin DS Zahid perlu melakukan pembedahan kedua untuk membuang saki baki barah tersebut sekiranya didapati berpotensi membuatkan UMNO kembali tenat.

Walau pun barah yang sudah dibuang itu cuba memanipulasikan pembersihan yang dilakukan oleh DS Zahid, namun beliau tetap tenang.

Sekiranya akar umbi dan pemimpin UMNO benar-benar sayangkan UMNO, beri sokongan dan permudahkan usaha yang sedang dilakukan oleh DS Zahid dan pasukan beliau.

Jangan terpedaya dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh kelompok yang sudah dipecat dan disejuk bekukan.

Kehadiran mereka di dalam UMNO ibarat langau yang sentiasa berusaha untuk membusukkan hidangan makanan di dalam rumah agam UMNO.

Tidak hairanlah apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO akan mereka lihat busuk kerana mereka melihat dengan menggunakan mata langau.

Sebagai pemimpin dan akar umbi yang sayangkan UMNO, lihatlah UMNO dengan menggunakan mata lebah.

Dari artikel asal:

thick-brick.blogspot.com

Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker