Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kes Zeti dan Nazlan perlu dibawa ke Mahkamah

Dua figura, Zeti Akhtar Aziz dan Mohd Nazlan Ghazali merupakan individu ‘bertuah’ kerana terus bebas tanpa sebarang gusar di Malaysia.

Ini berikutan kedua-duanya tidak langsung terkesan dengan pembongkaran skandal membabitkan mereka.

Blogger upahan, Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan transaksi dalam akaun Mohd Nazlan Ghazali dipercayai sebagai bayaran ‘khidmat’ melibatkan suspek melibatkan SRC International Bhd, Jho Low.

Zeti pula didakwa sebagai sebahagian manipulator dalam kes 1MDB namun beliau masih boleh tersenyum dengan berlindung sebalik sijil ‘cuti sakit’.

Bagaimanapun Nazlan telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berkaitan dakwaan sogokan lebih RM1 juta dari Jho Low.

Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali membuat laporan polis berhubung satu artikel mendakwa beliau sedang disiasat kerana wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya. – Nazlan Lapor Polis – 21/4/2022

Sehingga hari ini, tidak jelas apa tindakan susulan dari pihak berkuasa terhadap laporan polis oleh Nazlan terhadap Raja Petra. Malah, isu tersebut seakan sedang ditenggelamkan bagi mengalih perhatian rakyat.

Berbeza pula dengan Zeti, yang sehingga hari ini masih GAGAL dibawa ke Mahkamah sebagai Saksi Utama kes 1MDB.

Dari manakah Zeti dapat sijil cuti sakit?

Adakah sijil cuti sakit Zeti ditulis atas ‘kertas emas’ sehingga tiada langsung tindakan boleh diambil terhadapnya. Malah, kisah cuti sakit Zeti dijadikan bahan tawa apabila ada dakwaan menyatakan Zeti cuti kerana melahirkan seorang anak dan kini masih berpantang.

Lebih melucukan, dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai penglibatan Zeti dan suaminya dalam kes 1MDB terus dipandang sepi pihak berkuasa.

Rakyat tertanya mengapa Zeti sangat kebal dari sebarang tindakan oleh Mahkamah? Membandingkan Zeti yang bebas dengan marhein, terlalu besar jurangnya.

Jika rakyat biasa tida hadir ke Mahkamah seperti dijadualkan, mereka sudah pasti dikenakan dakwaan menghina Mahkamah, dan akan diseret sebagai pesalah tetapi lain bila melibatkan Zeti.

Sampai bila keadaan ini akan berlaku dan ‘mecolok mata’ rakyat? 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker