Guardiola lepaskan Cancelo kerana minit permainan

Manchester: Pembelian pada hari terakhir jendela perpindahan membolehkan Bayern Munich berjaya mendapatkan pertahanan Manchester City, Joao Cancelo sehingga membuatkan peminat menggaru kepala.

Bagaimanapun, pengurus, Pep Guardiola berkata Cancelo dibenarkan meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk mencari lebih minit perlawanan.

Cancelo, yang dua kali merasai nikmat kejuaraan bersama City dan dipilih berada dalam kesebelasan terbaik EPL, berhijrah ke Bayern secara pinjaman dan kelab Bundesliga itu boleh menandatangani secara tetap selepas musim berakhir.

Pemain antarabangsa Portugal itu kehilangan tempatnya di City selepas Piala Dunia tetapi menepis laporan mengenai keretakan dengan Guardiola, yang berkata beliau gembira dengan skuadnya walaupun pemergian Cancelo meninggalkan kesan di bahagian pertahanan.



“Musim depan, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. (Dia) seorang tokoh yang luar biasa dalam dua saingan liga terakhir yang kami menangi. Selepas Piala Dunia, kami menjalani pramusim dan memutuskan untuk bermain, dalam beberapa corak, berbeza,” kata Guardiola.

“Saya suka apa yang saya tonton. Saya memberi lebih banyak masa kepada pemain lain. Keperibadiannya ialah dia suka bermain. Dia berlatih dengan terbaik (tetapi) keadaannya dia tidak banyak bermain. Pada tahun-tahun sebelum ini, dia adalah antara pemain yang paling banyak minit permainan

“Dia perlu bermain untuk gembira, kami memutuskan untuk melepaskannya ke Munich. Bayern Munich mahukan Joao itu kerana dia seorang pemain yang luar biasa. Saya tidak akan mengatakan perkataan yang tidak baik. Etika kerja, semangat, kemahirannya – semua orang tahu.”

Guardiola berkata beliau berbual dengan pengarah bola sepak kelab itu Txiki Begiristain mengenai kemungkinan penggantian pada hari tarikh akhir tetapi memilih untuk menunggu beberapa bulan supaya mereka berpotensi melabur dalam musim penutup.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker