Baling botol kaca, tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Baling botol kaca, tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita disyaki terbabit dalam kes membaling botol kaca ke arah jalan raya dari balkoni sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada tujuh individu itu positif dadah jenis ketamin dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, dua daripada tujuh individu itu ditahan reman tiga hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 268/336 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Permohonan reman bagi lima individu lain ditolak dan akan dibebaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan turut menyarankan orang ramai yang menerima kesan daripada kejadian itu untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki membaling botol kaca dari balkoni dari sebuah premis kediaman ke arah jalan raya. – Bernama
Baling botol kaca, tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?