Kanak-kanak lelaki maut dirempuh SUV

Kanak-kanak lelaki maut dirempuh SUV

Kanak-kanak lelaki maut dirempuh SUV
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh SUV ketika melintas jalan di Sungai Way, Petaling Jaya. – Foto ihsan Polis

PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ketika melintas jalan di Jalan SS 9A/8, Sungai Way di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata polis menerima laporan kejadian pada 7.27 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 5.30 petang.



“Ketika pemandu kenderaan berkenaan melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading