Pelaburan Bernilai Billion Di Pahang – Wan Rosdy

Pahang Tarik Pelaburan Bernilai Billion Melabur Di Gebeng

Majlis Menandatangani MoU

Pahang berjaya menarik pelaburan bernilai billion dari pelabur bagi melabur dalam sektor pembuatan sarung tangan getah dan ‘PPE’ di Gebeng, Kuantan.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=7T81aRsFC_k[/embedyt]

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang ditemui di Pos Sinderut semalam, pelaburan tersebut mempunyai beberapa fasa.

Fasa pertama pelaburan berupa pajakan tanah bernilai RM100 juta yang telah ditandatangani oleh syarikat World Glove International Group City & Hub Development Sdn Bhd dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Pelaburan strategik ini dijangkakan membuka peluang pekerjaan buat warga tempatan dan akan memberi impak besar apabila selesai semua fasa pelaburan.

Wan Rosdy turut menyatakan rasa terimakasih beliau kerana WGI memilih untuk melabur di Pahang walau beberapa negeri lain turut menunjukkan minat menarik pelaburan tersebut.

Pemilihan Pahang pula difahamkan kerana kestabilan pentadbiran kerajaan Negeri di bawah Wan Rosdy selaku Menteri Besar Pahang.

Menurut sumber lain jumlah pelaburan WGI di Pahang bernilai sekitar RM100 ke RM200 Billion dan telah menarik minat pelabur dari Timur Tengah, Eropah, China dan Amerika.

Pahang Jaga Kebajikan Rakyat – Wan Rosdy

 

 

Leave a Reply