Cucur Udang Kuah Kacang

Cucur Udang Kuah Kacang
Cucur Udang Kuah Kacang

 

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang, resepi dari utara yang sedap. Kuah yang terbaik di hasilkan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak, membangkitkan rasa lemak apabila di cicah dengan cucur udang.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan untuk cucur
    • 500 gram tepung gandum
    • 1 ikat daun kucai
    • 1 sudu kecil kunyit
    • 1 ulas bawang besar
    • 1 sudu besar air kapur
  • Bahan untuk kuah
    • 2 ulas bawang merah*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 1 inci halia*
    • 1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
    • 1 senduk cili kisar
    • 1 sudu kecil paste udang kering
    • 3 sudu besar gula melaka
    • 2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
    • garam dan gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk cucur:
    1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
    2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.
    3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
    4. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.
  2. Cara-cara untuk kuah:
    1. Cincang bahan bertanda *.
    2. Panaskan 3 sudu besar minyak
    3. Tumiskan bahan cincang hingga wangi.
    4. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
    5. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih
    6. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.

Resepi Cucur Ikan Bilis



Cucur Udang Kuah Kacang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button