Dua wanita maut tersepit dalam kereta
Dua wanita maut tersepit dalam kereta
MUAR: Dua wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan berhampiran Taman Lembah Padang di sini, malam, tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Misholifadzil Mohammad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 12.59 tengah malam dan sembilan anggota bersama jentera segera ke lokasi.
Beliau berkata, setibanya di lokasi pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta Proton Saga BLM dan Proton Wira.
“Terdapat lima mangsa tersepit dan dua disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.
“Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dan mereka yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi tamat pada 2.25 pagi.
Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan
Dua wanita maut tersepit dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.