Guna telefon di tandas punca penyakit

MASA yang terluang di tandas dahulu dianggap sebagai ‘masa untuk bersendirian’, namun ‘masa’ itu kini diganti oleh telefon bimbit.

Ramai malu mengaku membawa telefon bimbit ke tandas. Sama ada menyemak e-mel atau menatap laman sosial, mereka tetap terpaku pada telefon sepanjang masa.

Jika anda mempunyai usus yang sihat, buang air besar memerlukan lima hingga 10 minit sahaja. Anda mungkin tertanya mengapa kami membangkitkan perkara ini.



Realitinya, kita berada di tandas selama purata 20 hingga 30 minit, walaupun sudah selesai ‘melepas ‘hajat’, kita sambung menggunakan telefon bimbit.

Jadi apa masalahnya? Perbuatan ini adalah kesalahan kesihatan terbesar yang anda sedang lakukan.

Mengapa? Anda sedang membahayakan kesihatan anda. Mungkin kesihatan biasa, namun pakar mendedahkan membawa telefon ke tandas boleh menyebabkan buasir, sembelit atau jangkitan saluran kencing (UTC).



1. Ancaman kuman

Telefon anda ibarat tombol pintu – bukan kerana ia membuka dunia baru yang penuh dengan keseronokan, tetapi kerana ia diselaputi patogen yang menjijikkan.

Telefon dan tangan kita berpisah tiada, mustahil untuk mengelakkan telefon yang terdedah dengan kuman. Anda boleh menemui ratusan kuman, kulat dan yis pada permukaan telefon anda dengan mudah.

Patogen dari najis seperti strain bakteria E.coli yang menyebabkan jangkitan bakteria stap, dan Acinetobacter, pathogen oportunis yang memanfaatkan apa sahaja peluang untuk menyebabkan penyakit, biasanya dalam bentuk jangkitan pernafasan yang berjangkit.



Meskipun sudah awasi langkah anda dengan meletakkan telefon dahulu sebelum mencapai tisu tandas dan tidak menyentuh telefon itu sehingga anda mencuci tangan, apatah daya, kuman tetap berada di mana-mana sahaja di dalam tandas.

2. Ancaman buasir dan penyakit disebabkan tandas

Apabila duduk di tandas lebih dari 20, 30, 40 minit, memberi tekanan pada rektum, yang boleh menyebabkan buasir dan pastinya akan memburukkan masalah buasir sedia ada.

Penggunaan telefon di tandas menyebabkan anda duduk di mangkuk tandas dengan lebih lama. Anda akan menambah tekanan pada urat dubur di bahagian bawah rektum dan menyebabkan buasir. Ia boleh menyebabkan gejala seperti sakit, bengkak atau pendarahan.



Masalah sebenar di sini bukanlah telefon pintar anda, tetapi masa yang dibazirkan di tandas sambil melayan telefon bimbit.

3. Ancaman rasa kebas dan mencucuk-cucuk

Kaki anda pernah kebas ketika sedang melepaskan hajat? Perasaan kebas itu berlaku kerana anda duduk terlalu lama dalam keadaan yang tidak ideal.

Kebanyakan individu akan membongkok ke hadapan ketika duduk di tandas, posisi ini sebenarnya menyukarkan proses pembuangan air besar dan anda akan bertindak untuk meneran.



Selain itu, posisi ini turut menekan saraf pelvis anda dan menghalang aliran darah ke kaki sehingga terasa kebas.

Membongkok di tandas selama 10 – 15 minit sudah mampu membuatkan kaki anda terasa kebas dan mencucuk-cucuk.

4. Rehatkan otak anda

Pembuangan air besar mungkin cara minda menyuruh anda berehat. Jika terpaku sahaja pada telefon di tandas, manakan otak dapat berehat seketika untuk berfungsi sepenuh potensinya?



Gunakan masa di tandas untuk membantu otak bergeliga dan meneroka setiap ceruk pemikiran kita – di sinilah hampir semua idea terbaik dan paling kreatif tercetus.

5. Buang tabiat guna telefon dalam tandas

Jika anda ketagih menggunakan telefon pintar sepanjang masa, termasuk di tandas ini adalah masa untuk anda mempertimbangkan tabiat anda semula.

Semestinya anda tidak mahu mengalami masalah kesihatan yang baru dibincangkan. Selain itu, tandas adalah tempat pembiakan untuk bakteria Salmonella, E.coli dan C. difficile yang boleh melekat pada telefon dan kemudiannya boleh menjangkiti badan.

6. Buang dengan cara yang betul

Postur yang betul hanyalah satu cara untuk membuang air besar dengan lega dan mudah. Salah satunya adalah posisi kedudukan anda di mangkuk tandas. Berikut adalah contoh posisi membuang air besar yang betul.

* Posisi ketika membuang air besar yang bagus boleh membantu mereka yang susah membuang air besar, kerap meneran atau menderita sembelit. Petua berikut mungkin boleh membantu melancarkan pergerakan usus anda.

Duduk dalam posisi lutut lebih tinggi daripada pinggul dan kaki dibuka dengan lebar. Anda boleh membina tandas cangkung di rumah atau hanya menggunakan bangku atau bakul sampah untuk meletakkan kaki.

Condongkan badan ke hadapan dan letak siku dipaha, pastikan kepala dan belakang lurus supaya tidak membongkok.

Tegangkan cotot abdomen anda dengan perlahan

Jangan meneran atau menahan nafas. Anda boleh berdeham, mengerang atau menyanyi untuk membantu mengendurkan otot pelvis anda. – Gaya Hidup Yakult

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button