Separuh rupa-rupanya individu bawah umur

Separuh rupa-rupanya individu bawah umur

Separuh rupa-rupanya individu bawah umur
GAMBAR hiasan

Seoul: Polis Seoul, setakat ini, menahan 192 individu kerana menyiarkan ancaman jenayah peniru (copycat) dalam talian sejak insiden tikaman maut di Seoul sebulan lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam tempoh sebulan sejak insiden pada 21 Julai, ketika seorang lelaki membunuh seorang individu dan mencederakan tiga yang lain berhampiran Stesen Sillim, sebanyak 431 ancaman pembunuhan dalam talian dikesan oleh Pejabat Kebangsaan Penyiasatan.

Daripada individu yang ditahan, 90 orang atau 41.7 peratus, adalah kanak-kanak bawah umur, termasuk kanak-kanak di bawah umur 14 tahun yang tidak tertakluk kepada pendakwaan jenayah.



Rabu lalu, seorang pelajar sekolah rendah berusia 11 tahun dirujuk ke bahagian juvana Mahkamah Keluarga Seoul selepas menerbitkan ugutan melakukan tikaman di sebuah konsert di Seoul, sehari sebelumnya.

Separuh rupa-rupanya individu bawah umur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button