‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

Oleh – Bakhtiar Omar


'Ularmak' PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

Seorang ‘Ularmak’ PAS dikenali sebagai Zainul Asri dalam program Kedah Berselawat telah mendoakan agar negeri tersebut tidak jatuh ke tangan mereka yang digelarnya sebagai ‘Musuh Allah’.



Zainul kemudiannya dikecam oleh ramai orang berikutan tidak bersetuju dan merasakan kenyataan tersebut agak melampau. Beliau tampil dan menjelaskan apa maksudnya dengan perkataan ‘Musuh Allah’.

‘Ularmak’ tersebut masih cuba menegak benang basah dengan kenyataan beliau dalam penjelasan maksud ‘Musuh Allah’ apabila membacakan sepotong ayat berkaitan golongan Yahudi dan Nasrani.

Sekali lagi sifat bongkak Zainul terpamer. Beliau sepatutnya tahu, kenyataan beliau secara menyeluruh menuju kepada wujudnya perseteruan antara kaum di Malaysia.

Siapa yang dimaksudkan Zainul sebagai Yahudi dan Nasrani? Adakah pengundi yang tidak memilih PAS dalam Pilihanraya Negeri akan datang dimaksudkan sebagai Yahudi dan Nasrani?



Adakah pengundi dari Kaum selain Melayu boleh diletakkan dalam kategori Yahudi dan Nasrani sepertimana disebut Zainul?

Beliau sepatutnya lebih sensitif tentang perkara sebegini dalam sebuah negara majmuk yang membenarkan pengundi bebas memilih siapa atau apa sahaja bentuk kerajaan yang mereka mahukan.

‘Ularmak’ PAS ini pernah terkait pelbagai kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengarut dan berbeza dengan akidah Islam. Bagaiamanpun, disebabkan taraf beliau diiktiraf sebagai ‘Ularmak’, maka tidak ada seseiapa dalam PAS berani menegur kenyataan kontroversi tersebut.

PAS kelihatan sangat terdesak untuk mengekalkan kuasa di Kedah dan negeri di Pantai Timur. Bagi pemerhati politik, mereka faham mengapa PAS begitu mahu mengekalkan penguasaan apabila bersama dalam Perikatan Nasional.



Ini akan lebih memudahkan PAS meletakkan atau meminta kelebihan diberikan kepada parti itu memandangkan mereka lebih dominan dalam PN berbanding sekutu yang lain.

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button