Saintis cipta aplikasi kesan gejala strok
Saintis cipta aplikasi kesan gejala strok
SACRAMENTO: Sekumpulan saintis berjaya membangunkan sebuah aplikasi telefon pintar khas yang mampu membantu individu dan ahli keluarganya mengesan gejala strok dalam keadaan kecemasan.
Aplikasi yang dikenali sebagai FAST.AI, menggunakan rakaman video muka individu untuk memeriksa 69 ekspresi wajah, mengukur pergerakan lengan dan mengesan perubahan pada pertuturan.
Lapor Daily Mail, pasukan saintis dari Universiti California melakukan eksperimen ke atas kira-kira 270 pesakit yang didiagnosis dengan strok akut, dalam tempoh 72 jam selepas dimasukkan ke hospital.
Pakar neurologi yang memeriksa pesakit berkenaan, menguji aplikasi itu dan membandingkan keputusannya dengan diagnosis klinikal masing-masing.
Kajian mendapati aplikasi itu berjaya mengesan beberapa simpton strok dengan tepat termasuk muka senget sebelah pada hampir 100 peratus pesakit.
Aplikasi itu turut mengesan secara tepat tangan lemah membabitkan lebih dua pertiga daripada kes dilaporkan.
Kajian awal juga menunjukkan aplikasi itu mampu mengesan pertuturan pesakit yang tidak jelas.
Penemuan itu dibentangkan pada Persidangan Strok Antarabangsa yang dianjurkan oleh American Stroke Association di Dallas, Texas.
Pengarang kajian, Radoslav Raychev mengakui ramai pesakit strok gagal sampai ke hospital tepat pada masanya untuk mendapatkan rawatan.
“Jadi, ini adalah salah satu sebab pentingnya untuk mengenali tanda-tanda awal strok dan mendapatkan bantuan dengan segera,” katanya.
Tambahnya, kajian itu sedang dijalankan dan aplikasi berkenaan masih dalam proses pembangunan.
Saintis cipta aplikasi kesan gejala strok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :