‘Selamat Hari Kekasih, anda ditahan!’

Oleh – Syeikh Baran


'Selamat Hari Kekasih, anda ditahan!'
Pengedar yang ditahan

Selamat Hari Kekasih, anda ditahan!

Dua wanita disyaki pengedar dadah ditahan selepas terpedaya dengan taktik aksi romantis sempena sambutan Hari Kekasih digunakan polis yang menyamar sebelum membuat serbuan.



Paparan rakaman polis mengenai serbuan itu menampilkan patung beruang gergasi memegang hadiah diletak di hadapan rumah wanita berkenaan, manakala seorang pegawai polis yang menyamar memegang sepanduk berbentuk hati dengan tulisan “You are my reason to smile”(kamu penyebab senyumanku).

Seorang daripada wanita itu meluru keluar menuruni tangga untuk mendapatkan ‘hadiah’ berkenaan.

Bagaimanapun, ada kalanya cinta dipenuhi kepalsuan. Patung beruang gergasi itu pantas menahan wanita berkenaan manakala suspek kedua diitahan di dalam rumah.

“Ia adalah operasi mengejut buat mereka pada hari yang dipenuhi kisah cinta,” kata pegawai yang menyamar itu kepada AFP.



Menurut polis, suspek yang juga ibu dan anak, adalah anggota kumpulan jenayah dan menjual kokain dan ganja dari rumah mereka.

Puluhan bungkusan kokain dirampas di lokasi serbuan..

Polis di Peru kerap menyamar dan menjalankan operasi pada hari istimewa bagi memerangkap penjenayah.

Ketua Skuadron Hijau Polis Nasional, Kolonel Walter Palomino, berkata pegawainya menggunakan samaran beruang gergasi itu kerana mendapat maklumat dadah dijual di premis terbabit. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading