Cemas kereta dihempap pokok tumbang

Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Ampang cemas apabila sebatang pokok tumbang menghempap sebuah Perodua Myvi, di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.09 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki di laluan berkenaan. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah berada di lokasi kejadian dan operasi memotong serta mengalihkan pokok selesai sepenuhnya 11.14 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker