Polis Saman Kereta EXCO Johor

Polis Saman Kereta EXCO Johor

Polis Saman Kereta EXCO Johor

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon hari ini dikenakan tindakan saman kerana kenderaan rasmi beliau memotong barisan.

Pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 itu telah dipanggil pada 3.30 petang semalam atas kesalahan tersebut.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas.

Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 9.45 pagi, Isnin lepas.

Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik SUK Johor yang dikhaskan penggunaan kepada YB Ling Tian Soon, ADUN Yong Peng.

Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).



Video berdurasi 24 saat memaparkan sebuah kereta Camry hitam menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah telah tular di media sosial.

 

Sumber: Bernama

 



Polis Saman Kereta EXCO Johor

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading