Periksa CCTV cari petunjuk kes samun Akhyar

Oleh – Syeikh Baran


Periksa CCTV cari petunjuk kes samun Akhyar
Akhyar cedera selepas disamun di apartmennya di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes samun melibatkan pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Rashid, 25, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pasukan khas tersebut sedang giat mencari petunjuk kes jenayah tersebut termasuk menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawan yang mungkin dilalui suspek.



“Setakat ini, tiga keterangan telah diambil daripada Akhyar, kakaknya dan seorang penghantar yang membantu mangsa.

“Begitupun setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui. Identiti suspek dan kenderaan digunakan gagal dicam oleh mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azli berkata, pemeriksaan cap jari sedang dilakukan bagi mengesan suspek yang menyamun Akhyar.

Tambah beliau, siasatan lanjut juga percaya sekurang-kurangnya tiga lelaki terlibat dalam kes samun melibatkan mangsa yang juga bintang Harimau Malaysia.



“Berdasarkan keterangan mangsa (Akhyar), suspek-suspek terus menyerang dengan kepala dan kakinya dipukul dengan besi boleh laras tanpa berkata apa-apa sebelum melarikan beg dan dompet.

“Mangsa dan keluarganya kelihatan trauma dengan insiden itu. Kawalan keselamatan di kawasan apartmen kediamannya telah dipertingkatkan, ” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan Muhammad Akhyar cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di bandar raya ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button