6 dicekup jual dadah kepada pelanggan pusat hiburan

Kuala Lumpur: Kegiatan enam pembekal dadah menjual bekalan bahan terlarang itu kepada pelanggan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang terbongkar selepas ditahan polis dalam serbuan semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan di Facebooknya berkata, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, seramai 38 orang termasuk enam pelayan khidmat pelanggan (GRO) yang sedang berhibur di premis terbabit diperiksa dan daripada jumlah itu 33 orang ditahan termasuk enam pembekal dadah.

“Hasil serbuan, seramai enam wanita warganegara asing ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63 manakala 27 orang lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis juga berjaya merampas 1620 mililiter jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair methamphetamine, 133 peket plastik yang berisi bahan disyaki dadah MDMA seberat 2,069 gram dan sepeket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methampehtamine seberat 31 gram,” katanya.

Katanya, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah ni adalah berjumlah RM43,750.

“JSJN meminta orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker