Hulk Hogan pun dah bertongkat.

London: Legenda WWE Hulk Hogan dilihat menggunakan tongkat hanya beberapa hari selepas dimaklumkan dia tidak lagi merasai kakinya selepas menjalani pembedahan di bahagian belakang.

The Hulkster kembali untuk ulang tahun ke-30 RAW bulan lalu bersama pengurus legendanya, Jimmy Hart untuk tampil di majlis pembukaan pada usia 69 tahun.

Dia dilihat berdiri di pintu masuk menuju ke gelanggang sebelum memberi ucapan ringkas di depan penyokong yang disiarkan secara langsung.



Bagaimanapun, rakan seangkatannya, Kurt Angle bertemu The Hulkster di belakang pentas malam itu mendedahkan Hogan memberitahunya dia tidak merasai bahagian bawah badannya berikutan pembedahan di bahagian belakang baru-baru ini.

Tetapi juara dunia 12 kali itu menegaskan bahawa Hogan berada dalam keadaan baik dan tidak lumpuh.

Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea, dikesan meninggalkan Jabatan Kenderaan Bermotor di Clearwater, Florida, Jumaat lalu dengan menggunakan tongkat untuk membantunya berjalan.



Angle mendakwa bekas juara WWE itu memerlukan tongkat kerana tidak dapat merasakan bahagian bawah badannya.

Pemenang pingat emas Olimpik 1996 itu berkata di The Kurt Angle Show: “Hogan menjalani pembedahan belakang sekali lagi.

“Saraf bahagian bawah badannya dipotong. Dia tidak dapat merasakan bahagian bawah badannya. Jadi dia menggunakan tongkatnya untuk berjalan.

“Saya ingatkan dia menggunakan tongkat itu kerana mengalami sakit di bahagian belakang. Dia tidak berasa sakit. Dia tidak dapat merasakan apa-apa.”



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button