Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara

Antara yang popular untuk Naib Presiden

Oleh – Bakhtiar Omar


Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara

Pemilihan Umno kali ini menjadi tumpuan politik seluruh negara selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. Tumpuan semua menjurus ke arah jawatan Naib Presiden Umno apabila 2 jawatan utama tidak dipertandingkan.



Para pemerhati politik sudah mula berkira-kira mengenai bakal calon yang dijangkakan akan bersaing sengit bagi merebut 3 jawatan Naib Presiden Umno.

Penyandang Naib Presiden sediada masih tidak memberi respon samada mahu mempertahankan jawatan atau memberi laluan kepada figura baru bagi mewarnai sosio politik Umno selepas ini.

Antara yang disebut mempunyai karisma dan karektor tersendiri bagi mengisi ruang Naib Presiden ialah – Azalina Othman Said (Pengerang), Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Johari Ghani (Titiwangsa) dan Ahmad Maslan (Pontian).

Melihat latar belakang politik figura yang disebut-sebut ini, masing-masing mempunyai kekuatan dan kemampuan bagi memenuhi aspirasi parti dan dikatakan mampu membawa nafas baru untuk survival Umno.



KEKAL BERSAMA UMNO/BN SEJAK KEKALAHAN PERTAMA BN

Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara

Soal kesetiaan kepada parti tidak mampu dinafikan kerana watak-watak ini telah teruji sepanjang kekalahan ulung BN pada 2018.

Namun demikian, adalah tidak adil jika hanya mereka sahaja dikatakan setia parti kerana masih ramai lagi kekal mendukung Umno ketika dirundung masalah. 

Bercakap soal pemilihan Naib Presiden, pelbagai manifestasi berkaitan soal pengukuhan, memperkasakan parti, meremajakan parti serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno akan dijelmakan sebagai bahan kempen.



Samada sekadar retorik politik atau berusaha membawa perubahan besar dalam Umno akan dilakukan atau tidak, ia hanya akan dapat dinilaikan selepas pembentukan barisan baru Umno seusai pemilihan kelak.

Perwakilan mempunyai tanggungjawab besar dalam penentuan ‘hidup mati’ perjuangan Umno. Berat beban yang akan dipikul Naib Presiden bagi turut membantu Presiden dan Timbalan mengharungi tempoh mencecah PRU16 kelak.

Mereka akan diuji dengan pelbagai kemungkinan sekiranya politik negara tidak stabil akibat perebutan kuasa. Oleh demikian, antara tugas utama Naib Presiden ialah membantu menstabilkan suhu politik tanahair sehingga tempoh mandat PRU15 berakhir.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button