LONDON: Fulham menempah pertembungan pusingan kelima Piala FA berdepan Leeds selepas menang 3-2 di Sunderland awal pagi tadi.
Skuad dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tampak melalui aksi selesa di Stadium of Light apabila gol Harry Wilson dan Andreas Pereira pada awal babak memberikan kawalan sepenuhnya buat Fulham.
Sepakan lencong Jack Clarke kembali menghidupkan saingan buat Sunderland.
Namun Layvin Kurzawa pantas mengembalikan semula kelebihan dua gol Fulham.
Jewison Bennette kembali merapatkan jurang buat pasukan Liga Kejuaraan itu pada tambahan masa.
Bagaimanapun impian untuk bertemu Leeds yang ditewaskan Sunderland untuk menang Piala FA, 50 tahun lalu, tidak kesampaian.
“Kami bekerja keras untuk mara ke tahap ini dan mencipta mentaliti kemenangan,” kata bos Fulham, Marco Silva, yang menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton kerana menerima hukuman larangan berada di garisan padang.
“Saya tahu sebelum perlawanan bahawa ia tidak akan menjadi yang terbaik, saya membuat sembilan pertukaran, tapi kami gembira.”
AFP
Like this:
Like Loading...
Related