Azeem sedia ‘tawan’ trek Hangzhou

Azeem sedia ‘tawan’ trek Hangzhou

Azeem sedia ‘tawan’ trek Hangzhou
AZEEM (tengah) sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi dan menggegarkan balapan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sudah bersedia dalam kea­daan terbaik bagi merealisasikan misi ter­akhirnya tahun ini untuk memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan.

Azeem, 19, dijadualkan turun memulakan saingannya pada Sukan Asia Hangzhou, China dalam peringkat saringan 100m di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam ini.

Selain mahu memadam rekod 100m kebangsaannya dengan masa 10.09 saat (s), Azeem turut menyasarkan status sebagai pelari terpantas dari Asia Tenggara dan tidak mustahil mencapai impian selaku raja pecut Asia.

Justeru, penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat itu berharap dapat me­langkah ke pentas final supaya dapat mencabar jaguh-jaguh Asia, sekali gus membuka peluang buatnya merekodkan catatan masa terbaik.

“Sukan Asia adalah platform terbaik untuk saya buktikan bukan sahaja layak berlari di pentas Sukan Asia tapi terpantas di Asia Tenggara. Persaingan dengan mereka membuatkan saya lebih bersemangat.

“Selepas Kejohanan Dunia, saya dan Ken Harnden (jurulatih) melakukan kaji selidik mencari kelemahan yang mengganggu larian saya. Alhamdulillah kami dah perbaikinya sebelum datang ke sini.

“Jadi saya harap ia membantu saya memperbaiki catatan masa kali ini,” kata Azeem yang bakal berdepan saingan daripada dua jaguh pecut Asia Tenggara iaitu Puripol Boonson (Thailand) dan Lalu Muhammad Zohri (Indonesia).

Pingat emas 100m edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia dimenangi pemegang rekod Asia dari China, Su Bingtian dengan masa 9.92s diikuti Femi Ogunode (Qatar) dan Ryota Yamagata (Jepun).

Azeem sedia ‘tawan’ trek Hangzhou


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker