Napoli makin hampiri gelaran Serie A

MILAN: Napoli terus mara menghampiri gelaran Serie A pertama dalam tiga dekad menerusi kemenangan 3-0 awal pagi tadi menentang pasukan bawahan, Cremonese seterusnya membawa pendahulu liga itu 16 mata di depan.

Penantian 33 tahun untuk mahkota liga tampak semakin hampir setiap minggu dan sekali lagi Khvicha Kvaratskhelia dan Victor Osimhen menjadi tonggak buat skuad kendalian Luciano Spalletti di Stadio Maradona.

Pemain sayap, Kvaratskhelia memberikan kelebihan buat Napoli hasil jaringan individu menarik pada minit ke-22 pada hari lahirnya yang ke-22 sebelum jaringan ke-17 Osimhen musim ini pada pertengahan babak kedua dan Eljif Elmas 11 minit sebelum tamat mengesahkan kemenangan mereka.



Kemenangan keenam berturut-turt dalam liga memberikan Napoli sekurang-kurangnya kelebihan 13 mata menjelang aksi Inter Milan awal pagi esok, pencabar terdekat mereka yang akan ke Sampdoria.

“Bandar ini sentiasa memastikan kami bersedia, kami semua mahu menang,” kata Spalletti kepada DAZN.

“Kami perlu melaluinya satu persatu… kami tidak boleh merasakan ia sudah berakhir atau memikirkan mengenai perkara lain, atau merasakan ia akan berlaku sendiri.



“Kami perlu melakukan semuanya sendiri.”

Sementara itu Cremonese masih belum menang aksi pertama Serie A musim ini sejak 1996 dan nampak pasti akan kembali jatuh selepas aksi buruk ditampilkan sejak dilatih baharu, Davide Ballardini.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading