United ‘potong’ City

LONDON: Manchester United merampas kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City selepas menewaskan Leeds United 2-0 di Stadium Elland Road, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik perlawanan bermula, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan yang menyaksikan babak pertama berkesudahan 0-0.

Leeds yang beraksi di laman sendiri dilihat lebih banyak mengasak ketika perlawanan menuju ke penghujung dan memperoleh peluang terbaik pada minit ke-78 tetapi percubaan jarak dekat Crysencio Summerville diselamatkan penjaga gol, David De Gea.



Ketika Leeds sedang rancak mengasak, sebaliknya United terlebih dahulu menemui jaringan yang dicari selepas Marcus Rashford menanduk masuk bola hantaran Luke Shaw pada minit ke-80.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat anak buah Erik Ten Hag dan pemain gantian, Alejandro Garnacho berjaya menambah gol kedua buat Red Devils pada minit ke-85, sekali gus mengesahkan kemenangan pasukannya.

Tiga mata yang diraih di gelanggang lawan itu turut meletakkan skuad Ten Hag ketinggalan lima mata daripada pendahulu, Arsenal.
AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading