Coast Guard kutip RM5juta selepas 10 hari

Kuala Lumpur: Filem genre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 2 Februari lalu.

Penerbit Flying Deals Sdn Bhd, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, pihaknya menjangkakan kutipan akan terus meningkat pada musim cuti persekolahan ini.

“Alhamdulillah, pihak pawagam pun bersedia untuk menambah tayangan filem Coast Guard lebih lama lagi.



“Setakat ini lebih dari 145 pawagam yang menayangkan filem ini di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

“Melihatkan pada sambutan penonton, pihak kami menjangkakan filem ini akan ditayangkan dalam tempoh dua minggu lagi di pawagam,”katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hady Yusry berkata, buat masa ini, pihaknya giat menjayakan kempen dan promosi termasuk di stesen TV, radio dan platform online untuk filem Coast Guard di seluruh negara.



“Selain itu, pihak kami ada sesi bertemu peminat di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur, contohnya di Mid Valley,”katanya.

Ditanya komitmen pelakon pula, kata Muhammad Hady, semua barisan pelakon termasuk gandingan watak utama iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga memberikan komitmen yang bagus untuk sama-sama turun padang mempromosikan filem ini kepada orang ramai.

“Pihak kami baru kembali dari Sandakan, Sabah sempena ulang tahun Maritim Mslaysia dan tayangan filem Coast Guard kepada rakyat di sana.

“Ramai penonton yang teruja untuk menonton filem ini kerana menyedari bidang tugas Maritim Malaysia yang sangat mencabar untuk menjaga perairan negara,”katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button