Bantuan segera RM200,000 atasi banjir kilat di Bukit Tinggi

KUANTAN: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera RM200,000 bagi mengatasi masalah banjir kilat di Bukit Tinggi, Bentong.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perancangan jangka pendek itu bertujuan menaik taraf sistem perparitan bagi membaik pulih sistem paip dan longkang yang tersumbat.

“Peruntukan ini diluluskan selepas saya meninjau sendiri keadaan banjir yang berlaku di kampung ini pada petang tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan semalam.



Beliau berkata bagi tindakan jangka panjang, pihaknya meminta satu permohonan rasmi dibuat membabitkan peruntukan berjumlah RM4 juta hingga RM5 juta bagi membina jambatan untuk mengelak kejadian berulang.

“Selain itu, saya turut berpuas hati dengan tindakan segera diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bentong bersama dengan agensi yang terbabit dalam menguruskan banjir kilat yang berlaku pada petang kelmarin di Kampung Bukit Tinggi dan Janda Baik.

“Saya berharap penduduk yang terbabit dapat bersabar menghadapi ujian ini,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading