Ini Tips Nak Jaga Kuali Baru Beli, Elak Makanan Melekat & Tak Berkarat!

Ramai dalam kalangan ‘kaki masak’ yang gemar membeli perkakas dapur seperti sudip dan kuali. Namun, tidak ramai yang tahu cara betul untuk menjaganya. Justeru itu, penulis ingin kongsikan tips jaga kuali baru seperti dikongsikan oleh saudara Wan Luqman.

Menurutnya, kuali yang baru dibeli perlulah di pre season untuk mengelak ia dari karat. Selain itu, dapat mengelakkan makanan dari melekat di kuali. Barulah syok bila memasak! Jom lihat tips penjagaannya di bawah.

TIPS BAKAR KUALI BARU

My 3rd kuali. Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13 inci terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13 inci. Dah selesai masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.

Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah haha. Macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.

Goreng nasi sambil melambung-melambung nasi tu, goreng telur mata dan goreng ikan memang cantik dan best. Ada saja yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.

Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.

TIPS JAGA KUALI BARU, INI LANGKAHNYA

Okay, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Dekat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.

Tapi kuali jenis ni tak ada dah saiz lagi kecil rasanya dekat Malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasi goreng seorang makan.

Harga dia average RM 18-23. Tengok kedai dan tempat.

Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak (greasy). Itu adalah minyak dari kilang.

Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan-kesan tu. Biarkan saja, jangan sedih pulak kuali calar. Biar kuali calar, jangan muka yang bercalar.

Setkan api dapur yang terpadu dan start bakar!

Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali dan biar rata di semua tempat.

PERINGATAN!

  • Jangan lama sangat, bila dah start biru terus alih ke permukaan lain. 
  • Kalau lama sangat dekat tempat sama, nanti yang biru akan jadi merah.

Merah tu tanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.

Dah siap! Biarkan dalam 10 minit.

Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.

Besok-besok nak pakai, panaskan dulu dan ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali dan barulah guna. Ini dipanggil pre season.

Buat 2-3 kali pre season, Insya Allah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam dekat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.

ni kuali saya yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun, malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu, jadi setiap kali nak pakai kena cuci dulu.

Kuali macam ni untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh dan lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur. Kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan, haaa gitulah.

Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.

Sumber: Facebook Wan LuQman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button