Zara Zya Mengaku Buat Suntikan Muka & Bibir

Bukan Untuk Ubah Bentuk Fizikal Tapi

Pelakon, Zara Zya mengakui bahawa dirinya melakukan suntikan di bahagian muka dan juga bibir seperti yang dikatakan oleh netizen.

Tidak mahu lepaskan peluang

Zara atau nama penuh, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia menerima tawaran dari pihak tertentu menyebabkan dirinya tidak dapat menolak peluang yang diberikan.

Ujarnya lagi, peluang tersebut hanya datang sekali seumur menyebabkan dia tidak berfikir panjang untuk memberikan jawapan kepada pihak tersebut.



Buat untuk kesihatan diri

Pun begitu, Zara menjelaskan bahawa dia bukanlah melakukan suntikan untuk mengubah bentuk fizikal di wajahnya tetapi dengan tujuan kesihatan.

Tapi apa yang saya buat tu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ianya (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.

Tegasnya lagi, menyedari dirinya seorang selebriti, dia mengatakan penjagaan rapi untuk memastikan penampilan sentiasa terjaga amat penting apatah lagi umur semakin meningkat.



Itu (suntikan) terpulang kepada orang. Masing-masing ada pendapat sendiri. Macam saya, saya adalah selebriti jadi penampilan dari kepala ke kaki mesti kena jaga. Rutin untuk selebriti lah senang kata.

Bukan itu sahaja, Zara juga mengatakan bahawa dirinya tidak kisah dengan kecaman daripada netizen kerana hanya dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk kesihatannya.

Sumber: Melodi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button