Mahathir susun ‘papan cai’ dalam Umno?

Oleh – Bakhtiar Omar


Takut mati, Mahathir susun 'papan cai' dalam Umno?

Pengaruh bekas Perdana Menteri Ke-4&7, Tun Mahathir tidak boleh dipandang rendah apabila membicarakan mengenai pemilihan Umno.



Pemilihan Umno kali ini dikatakan menjadi titik tolak samada Mahathir akan turut sama susun ‘papan cai’ bagi memastikan para ‘Broker’ yang berkeliaran akan mempengaruhi keputusan pemilihan.

Apatah lagi semalam negara digemparkan dengan berita mengenai seorang bekas Menteri Kewangan yang diambil keterangan oleh SPRM.

Bekas Menteri tersebut pula seringkali dikaitkan dengan Mahathir sepanjang memerintah. Dikatakan bekas Menteri tersebut antara ‘orang tengah’ Mahathir dalam urusan berkaitan harta rakyat serta harta Umno ketika diharamkan.

Sejauh mana dakwaan tersebut benar tidak dapat disahihkan, tetapi banyak kemusykilan terbit kerana banyak ‘petunjuk’ menjurus kearah kerjasama Mahathir dengan bekas Menteri tersebut.



Selama 22 tahun beliau menduduki jawatan nombor 1 dalam Umno, Mahathir juga telah berjaya menunjukkan beliau mampu mempengaruhi pembangkang bila beliau mahukan.

PAKATAN HARAPAN TUNDUK DENGAN PERMAINAN POLITIK MAHATHIR

Takut mati, Mahathir susun 'papan cai' dalam Umno?

2018, Mahathir membuktikan semua pembangkang tunduk kepada ‘permainan politik’ beliau selepas mereka bersetuju mengangkatnya sebagai PM walau ketika itu PPBM hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen.

Betapa kuatnya pengaruh Mahathir walau selepas meninggalkan Umno, beliau masih mempunyai beberapa ‘ekor keldai tunggangan’ dalam Umno yang bersedia menurut perintahnya.



Ramai tahu, hampir keseluruhan pemimpin Umno kini meng’idola’kan Mahathir serta cara beliau mencengkam kukunya dalam Umno pada satu ketika. Bekas cengkaman Mahathir masih kekal walau kini hanya kelihatan parutnya sahaja.

PENGKHIANATAN TERBESAR MAHATHIR TERHADAP UMNO

Takut mati, Mahathir susun 'papan cai' dalam Umno?

Namun, pengkhianatan Mahathir terhadap Umno bukan sesuatu yang boleh dimaafkan hanya kerana usia mahupun jasa beliau dalam Umno selama ini. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menyebabkan Umno berpecah bermula dengan Semangat 46, diikuti PKR, PPBM dan akhir sekali PEJUANG.

Untuk memastikan jaminan tidak diheret ke mana-mana Mahkamah atas kesalahan lampau beliau, Umno menjadi pilihan terakhir Mahathir sebelum mati.



Oleh itu, beliau perlu memainkan sebahagian peranan dalam pemilihan kali ini. Mungkin ada proksi Mahathir bertanding jawatan tinggi dalam Umno. Siapa tahu kerana biasanya Mahathir akan menjawap dengan sinis ” Saya tak tau..kena tanya dialah (sumber)…mungkin dia lebih tau”.

Umno perlu memerhatikan gerak-geri proksi proksi Mahathir yang bergerak dalam Umno. Siapa mereka? Mereka pernah bertemu Mahathir untuk ‘minta nyawa’ ketika beliau menjadi PM ke-7. 

Tidak perlu ditulis atau didedahkan nama-nama mereka kerana apabila sampai masanya, segala ‘kecurangan’ akan terdedah dengan sendirinya.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button