Pesara, peneroka rugi RM59,970 ditipu Macau Scam

Pesara, peneroka rugi RM59,970 ditipu Macau Scam

Pesara, peneroka rugi RM59,970 ditipu Macau Scam

KUANTAN: Dua lelaki masing-masing pesara dan peneroka kerugian RM59,970 akibat terpedaya dengan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa masing-masing berusia 60 dan 74 tahun itu menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon pada 9 Februari lalu.



Katanya, kes pertama membabitkan pesara jurutera menerima SMS yang memaklumkan kad kredit digunakan untuk pembayaran E-Tomei sebanyak RM2,850.

“Mangsa kemudiannya menghubungi suspek berdasarkan nombor telefon yang diberikan untuk pengesahan dan talian kononnya disambungkan ke Bank Negara Malaysia.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan iaitu nombor akaun bank, kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kod pengesahan transaksi (TAC) miliknya.

“Selepas tiga hari, mangsa menyedari wang dalam akaun berkurangan RM29,970,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ramli berkata, mangsa kedua yang juga peneroka menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Katanya, menerusi perbualan, suspek memaklumkan mangsa tidak membayar cukai pendapatan dan terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Mangsa berasa takut dan mengikut arahan suspek sehingga memindahkan sejumlah RM30,000 ke akaun bank suspek bagi tujuan penyelesaian kes.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.



Beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan yang berkaitan.

Katanya, langkah itu untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SPRM tahan pegawai kanan dan pesara



 

Pesara, peneroka rugi RM59,970 ditipu Macau Scam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading