Bergaduh Dengan Mukhriz Hanya Wayang Mahathir Untuk Sembunyikan Agenda Baharu

Bergaduh Dengan Mukhriz Hanya Wayang Mahathir Untuk Sembunyikan Agenda Baharu

Bergaduh Dengan Mukhriz Hanya Wayang Mahathir Untuk Sembunyikan Agenda Baharu

Ramai yang agak terkejut apabila Dr Mahathir umumkan beliau menarik diri dari parti Pejuang, parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Malah penulis juga beranggapan bahawa tindakan Dr Mahathir itu dilihat seperti mengisytiharkan perang ke atas anak kesayangan beliau, Mukhriz.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/02/13/mahathir-istihar-perang-terhadap-mukhriz/

Tetapi selepas artikel itu disiarkan, penulis mendapat maklumat terbaru.

Tindakan Dr Mahathir itu sebenarnya hanyalah untuk menyembunyikan agenda terbaru beliau.



Dalam sidang media mengenai Pejuang keluar dari GTA, presiden Pejuang, Mukhriz, menyatakan tindakan itu diambil supaya Pejuang dapat memperkukuhkan parti.

Dan ianya juga supaya apabila Pejuang menyertai mana-mana parti gabungan, ianya dapat memberi tambah nilai kepada gabungan tersebut.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1052041/pejuang-umum-tarik-diri-daripada-gerakan-tanah-air-gta-mukhriz



Gabungan parti mana yang Mukhriz maksudkan, adakah gabungan parti yang sedia ada atau satu gabungan baharu akan diwujudkan?

MN Annuar Musa Akan Mahathir Jadikan ‘Trojan Horse’

Dr Mahathir pula, sebaik sahaja mengumumkan meninggalkan Pejuang, telah membuat perbincangan dengan Annuar Musa.

Baca di sini:

https://www.kosmo.com.my/2023/02/11/tun-mahathir-jumpa-annuar-musa-dalam-masa-terdekat/



Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan kerjasama antara GTA dengan MN, sebuag NGO yang diterajui oleh Annuar Musa.

Dr Mahathir sedar akar umbi dan majoriti pemimpin UMNO yang ada sekarang sudah tidak boleh menerima beliau.

Annuar Musa dan MN akan digunakan untuk mengambil alih UMNO dengan memastikan kemenangan ‘budak mereka’ dalam pemilihan UMNO.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/02/15/mahathir-susun-papan-cai-dalam-umno/

Dengan menguasai ahli MKT UMNO, presiden dan timbalan presiden UMNO yang ada sekarang boleh digulingkan dan digantikan dengan ‘budak mereka’.

Sekiranya berjaya, maka gabungan GTA dan MN sudah mempunyai 30 ahli parlimen.

Sokongan 30 ahli parlimen BN akan dialihkan kepada PN dan ini membuatkan PN mempunyai 104 ahli parlimen.



Apabila dicampur dengan 6 ahli parlimen GRS dan 3 ahli parlimen Warisan, maka PN sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Matlamat Dr Mahathir adalah supaya siasatan ke atas beberapa kes berprofil tinggi yang membabitkan proksi beliau dihentikan serta merta.

Dan ianya akan dijadikan syarat utama kepada Muhyiddin yang akan diangkat sebagai perdana menteri.

Muhyiddin pasti akan bersetuju kerana beliau sendiri akan menjadi kluster mahkamah sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak ditumbangkan.

Dan ketika itu, Dr Mahathir akan kembali menyertai parti Pejuang dan akan membawanya ke dalam GTS semula.

Namun, sama ada perancangan Dr Mahathir akan berjaya atau tidak, segalanya terpulang kepada pemilihan pati UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.

 

Bergaduh Dengan Mukhriz Hanya Wayang Mahathir Untuk Sembunyikan Agenda Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button