Dortmund bawa bekalan terbaik ke London

Dortmund, Jerman: Gol luar biasa dari penyerang Borussia Dortmund, Karim Adeyemi membantu pasukannya mengatasi Chelsea 1-0 sekali gus meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Gol Adeyemi hadir ketika pelawat terus menerus memberi tekanan pada awal babak kedua dengan penyerang Jerman itu menerkam bola dari bahagian sudut Chelsea.

Adeyemi mengambil peluang terhidang menewaskan penjaga gol Kepa Arrizabalaga untuk membolehkan Dortmund mendahului pada perlawanan pertama.



Kapten Dortmund, Jude Bellingham memaklumkan apabila Adeyemi mendapati dirinya berada di ruang terbaik “tidak ramai pemain dapat menghalangnya.”

“Dia menghadapi masa yang sukar berada di sini pada awalnya, mencari rentak tetapi kini dia mula terbang.

Selepas perlawanan, Adeyemi memuji semangat juang pasukannya kerana mendapat kelebihan menjelang aksi timbal balik Mac ini di London.

“Saya mempunyai sedikit nasib dan saya sangat gembira dengan gol itu,” katanya.



“Semua orang berjuang bersama mereka yang lain – (kemenangan) sangat penting untuk perlawanan timbal balik.”

Sementara itu Pengurus Chelsea, Graham Potter memuji prestasi pasukannya tetapi kecewa kerana kegagalan mereka menjaringkan gol.

“Kami hampir menjaringkan gol. Mereka melanggar kami. Ia mengecewakan, kita perlu melakukan yang lebih baik.



“Kami mempunyai pasukan yang menunjukkan perkembangan terbaik, kami tahu terdapat banyak perkara positif di sana.”

Kemenangan itu bermakna Dortmund hanya memerlukan keputusan seri di London untuk mara ke suku akhir buat kali kedua dalam tempoh empat tahun lalu.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading