Anggota bomba parah motosikal rempuh Hilux

Oleh – Syeikh Baran


Anggota bomba parah motosikal rempuh Hilux
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Padang Kerbau Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

Seorang anggota bomba parah selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Izzat Muhaimin Araham Shah, 26, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Cheng mengalami kecederaan dalaman dan patah tangan kanan.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Scientex menghala ke Pekan Durian Tunggal.

“Setibanya di lokasi nahas, mangsa melanggar bahagian hadapan sebelah sisi kiri sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Alor Gajah. Kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai sedang membuat pusingan ke kanan arah Jalan Haji Salehuddin,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ashari, akibat pelanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button