Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?

Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?

Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?

Ramai yang teruja apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengumumkan seorang bekas Menteri Kewangan sudah dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.

Bekas Menteri Kewangan di era perdana menteri ke 4 itu dipanggil mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit.



Siasatan menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu termasuk bekas menteri dan individu kenamaan lain serta keluarga mereka.

Selain kaitannya dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

Siasatan juga dilakukan atas kemungkinan ada hubung kait kewangan yang dimiliki, hasil daripada tender dan projek kerajaan.

Namun setakat ini, tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1064093/sorok-ratusan-bilion-bekas-menteri-kewangan-dipanggil-sprm

Bagaimana Dengan Siasatan Projek 5G Yang Bernilai RM11 Bilion?

Penulis tertanya-tanya, bagaimana pula dengan siasatan ke atas projek 5G yang bernilai RM11 bilion yang telah diberikan kepada Digitial Nasional Berhad (DNB)?

DNB adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan dan DNB menjadi penerima tunggal spektrum 5G bersama dengan lesen borong.



Ini bermaksud DNB adalah kontraktor tunggal yang memonopoli projek ini.

Manakala syarikat telekomunikasi hanya sebagai pemborong yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna terakhir.

Persoalan yang timbul adalah siapakah di belakang DNB?

Mantan Timb Menteri Komunikasi & Multimedia di era Ismail Sabri, Zahidi Zainul Abidin, mendedahkan ada yang tidak kena dengan pemberian kontrak 5G tersebut.



Malah, beliau pernah menyarankan supaya siasatan dilakukan.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/603168

Memandangkan skandal projek 5G ini didedahkan oleh perdana menteri sendiri yang juga menteri kewangan, maka sepatutnya ia menjadi keutamaan SPRM.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/646954

Walau pun banyak pihak sudah menyatakan kemusykilan terhadap monopoli DNB, namun mantan Menteri Komunikasi & Multimedia, Annuar Musa, tetap mempertahankannya.

Baca di sini:



https://keadilanrakyat.org/index.php/5g-apakah-intipati-perjanjian-di-antara-dnb-dan-4-telco/

Namun begitu, selagi jawatan Pengarah AMLA SPRM masih dipegang oleh Zamri Zainul Abidin, timbul persoalan pada penulis akan berjayakah SPRM mengheret nama-nama besar ke mahkamah?

Zamri sudah dikenali sebagai seorang pegawai yang tidak kompeten, malah integriti beliau juga diragui kerana dikaitkan dengan beberapa skandal.

Baca di sini:

1) https://my-tv.online/2023/01/09/sprm-siasat-pengarah-amla-sprm-yang-mengendalikan-kes-ds-najib-ds-zahid-dan-ts-shahrir-samad/

2) https://www.facebook.com/salahuddin.hisham.1/posts/pfbid02Qqou2D8nxoHzcvMjZNAB3PSa3gyWmVpv6EnLiGFcN9Ec7GWubWdMJmjambeEVXtSl

Mengapakah Azam Baki masih mengekalkan Zamri sebagai Pengarah AMLA SPRM?

Atau adakah tangan ghaib yang memberi tekanan kepada Azam Baki supaya Zamri dikekalkan sebagai Pengarah AMLA SPRM?

 

Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button