Siti Nurhaliza – Anak-Anak Di Gaza Rai Hari Lahir Saya [VIDEO]
Tanggal 11 Januari merupakan hari ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sempena ulang tahun yang ke-44, TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak. Wow bestnya!
Di Instagram, TokTi memuat naik sebuah video di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Tadika Afwa Al Aafiyah
Menerusi video pendek yang dikongsikan, anak-anak kecil di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! tadika tersebut dipenuhi gambar TokTi dan keluarga ketika sambutan tersebut diadakan. Difahamkan, lebih 60 orang kanak-kanak menuntut ilmu di tadika berkenaan.
Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.
Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.
Sumber: Siti Nurhaliza
20 individu berkumpul rai pembukaan kedai baharu dikompaun
Siti Nurhaliza – Anak-Anak Di Gaza Rai Hari Lahir Saya [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.
- Nama dalam senarai Pandora akan disiasat?
- Akibat Takut kena dakwa, Muhyiddin pesan jangan salah guna kuasa kepada Anwar.
- “Saya tiada papan cai” – Arman Azha
- Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :