20 individu berkumpul rai pembukaan kedai baharu dikompaun

18/02/2021 05:35 PM

SUNGAI PETANI, 18 Feb — Sekumpulan 20 individu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul beramai-ramai bagi meraikan pembukaan kedai baharu di sebuah premis di Pekan Lama di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata kejadian kira-kira 11.30 malam itu melibatkan sembilan lelaki dan 11 wanita berusia 20 hingga 39 tahun yang berkumpul tanpa penjarakan fizikal.



“Pemeriksaan juga mendapati premis terbabit beroperasi lebih masa selain tidak menyediakan alat pemeriksaan suhu, tiada buku pendaftaran pelanggan yang memasuki premis dan tiada catatan dibuat oleh pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata kesemua mereka dikompaun di bawah Perkara 10 Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021, manakala pemilik premis pula dikompaun di bawah Perkara 15 Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

“Mereka telah diterangkan mengenai kesalahan yang dilakukan. Sebanyak 20 kompaun telah dikeluarkan dan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan,” katanya.

Penunjuk perasaan berkumpul kembali di Bangkok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button