Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO

Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO

Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk membatalkan pemecatan bekas ahli MKT UMNO sebelum ini, Dato’ Lokman Noor Adam.

Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO



Beliau memaklumkan keputusan itu dalam satu kenyataan yang beliau muatnaik di akaun Facebook beliau.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/lokmannooradam/posts/pfbid0VwLLfZGQ5ZxPhUpwUQPxW45bNWRtaRodvqn7CGjercTQQPxMxEYWtt7wtXJZHm8Yl

Untuk rekod, Lokman Adam dipecat keahlian dari parti UMNO pada 7 Februari 2020.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/510020

Dengan pembatalan itu, maka jawatan ahli MKT UMNO yang sebelum ini beliau pegang telah dikembalikan.

Lokman Adam juga layak untuk menawarkan diri dalam mana-mana jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan UMNO yang akan datang.



Penulis percaya pembatalan pemecatan beliau adalah kerana kesetiaan yang telah beliau buktikan terhadap parti selama ini.

Sepanjang pemecatan beliau dari UMNO selama hampir 2 tahun, beliau dilihat terus komited mempertahankan parti UMNO.

Sikap yang beliau tunjukkan amat jauh berbeza dari beberapa orang pemimpin yang digugurkan dari senarai calon PRU 15 dan yang diambil tindakan disiplin baru-baru ini.

Maklumat yang penulis terima, Lokman Adam dijangka akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan ahli MKT UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.



UMNO memerlukan seorang pemimpin yang setia dan vokal seperti Lokman Adam untuk kembali memperkukuhkan parti.

Secara peribadi, penulis mengucapkan tahniah kepada Lokman Adam.

Penulis yakin beliau mampu untuk berganding bahu dengan pemimpin yang setia kepada parti untuk kembali memperkukuhkan UMNO.

 



Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button