Ini 7 Kesan Jika Overdose Kafein, Hati-Hati!

” Tak kisahlah apa kesan minum kopi ni tapi tanpanya, tiada makna hidupku setiap hari..”

Dengar macam orang bercinta bukan? Tetapi itulah apa yang dialami oleh pencinta-pencinta kopi sekalian apabila mereka tidak boleh tanpa satu hari pun meninggalkan kandungan kafein. Hal ini kerana mereka menggunakan pengambilan kafein ini sebagai langkah untuk menyegarkan mata serta memberi tenaga kepada badan.

Namun, penting untuk anda tahu bahawa ‘overdose’ pengambilan kafein seharian akan membawa kesan buruk kepada badan sendiri. Katanya untuk kaum wanita dapat meningkatkan hormon testosterone dan menjadi lebih maskulin? Risau…



7 KESAN MINUM KOPI KEPADA KESIHATAN

Adakah anda orang yang “bergantung” pada kafein (kopi, teh & coklat) untuk bekerja? Tak dinafikan kafein memberi tenaga, meningkatkan fokus dan menjadikan kita kreatif. Pengambilan kafein membebaskan bahan saraf HISTAMIN badan yang memberi kesan positif ini.

Namun, jika badan kita ada masalah kesihatan seperti gangguan imun, kerap letih, sakit-sakit sendi..mood tak stabil, alergi dan angin serta apa-apa penyakit kronik berkait keradangan… Mungkin perlu berhati-hati dengan kopi. Salah satu petanda berlebihan kopi ialah “rasa tak sah, mesti minum kopi juga setiap hari”

1) Kopi meningkatkan histamin pada perut, pesakit yang sudah ada radang gastrik boleh jadi sebu dan dapat ulser perut.



2) Berlebihan histamin sebabkan saraf jadi hiperaktif. Kita jadi tak keruan (restless), menggigil, panik, risau berlebih.

3) Histamin meningkatkan pergerakan usus (peristalsis). Ia sebabkan kembung, cirit birit, loya/muntah dan perut memulas.

4) Histamin ialah bahan saraf KESEDARAN. Bila tinggi histamin kita jadi fokus dan bertenaga. Jadi jangan minum malam kerana ia sudah tentu ganggu kualiti tidur.

5) Alergi seperti ekzema, asma, resdung boleh tercetus bila kopi berlebihan..Kopi meningkatkan “kesedaran” pada kulit gatal, “kesedaran” pada hidung merenyam, “kesedaran” tentang pernafasan yang sempit. Semua kesedaran ini adalah kesan “overprotective” akibat histamin berlebihan. Ya, kopi ialah bahan yang dianggap “bahaya” oleh badan yang kurang sihat.



6)Histamin juga berfungsi mengawal degupan jantung. Sebab tu orang tinggi histamin seperti orang GERD, anxiety, alergi senang rasa berdebar-debar dan gangguan ritma jantung (arrythmia).

7) Histamin berlebihan menyebabkan ketagihan. Sebab itu, kita jadi rasa hari-hari mesti nak minum kopi juga. Selain itu, petanda tinggi histamin ialah kita mudah obses terhadap sesuatu.

Info ni bukan bertujuan untuk memburukkan kopi dan teh..Jauh sekali.. Malah, saya menulis sambil menghirup kafein juga sekarang ni..alangkah nikmatnya subhanallah..memang sedap kopi ni.. Cuma nak maklumkan, minum kopi ada ilmu dan tertibnya…insha Allah badan jadi lebih sihat. Artikel seterusnya saya share cara minum kopi yang lebih sihat ya.
Semoga bermanfaat.



Sumber: Hafiz Sulaiman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button