Wan Saiful minta suapan RM232 juta

 

Oleh – Editor


Wan Saiful minta suapan RM232 juta
Wan Saiful Wan Jan

Ahli Parlimen PN dari BERSATU, Wan Saiful Wan Jan didakwa meminta suapan wang daripada syarikat Nepturis Sdn Bhd untuk mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Nama lama syarikat WSA Advisory Group ialah Wan Saiful & Associates Sdn Bhd.

Wan Saiful merupakan pengarah dan pemilik 100% syarikat WSA Advisory Group.

Sumber – Facebook

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker