Bukan ‘Hak’ Hisham untuk tangguh perbicaraan

Semakan Kes SRC Najib Razak

 

Oleh – Editor


Bukan 'Hak' Hisham untuk tangguh perbicaraan

Prosiding hari ini bermula dengan Pendakwaraya V Sithambaram, mengatakan bahawa penangguhan adalah hak untuk Mahkamah Persekutuan beri, ia bukan hak mana-mana peguam untuk menganggap ia adalah ‘hak’ mereka.

“Ia bukan ‘hak’ peguam Hisham Teh untuk mendapatkan adjournment atas sebarang alasan.

“Jika mereka tidak bersedia, ia bukan salah Mahkamah. Kes ini bukan kes luar biasa,” Sithambaram berhujah.

Sithambaram mendakwa hujahan pihak defendan hanyalah satu bentuk ‘pendapat’, dan bukan ‘sebab utama’ untuk mahkamah ‘bersetuju’ untuk memberikan Penangguhan.

Menurut pihak pendakwa lagi, pihak defendant telah diberi 4 bulan, dan kes SRC telah diketahui selepas kes 1MDB.

“Sepatutnya pihak defendan sudah bersedia.

“Tak sewajarnya ‘held the court to ransom’ dengan mengatakan bahawa jika tidak mendapat penanguhan, kes tidak boleh dijalankan atau perlukan masa untuk perincian.

“Siapa peguam Hisham Teh, jika nak dibandingkan dengan Mahkamah? Hisham Teh tidak boleh ‘menjanjikan’ atau pasti 100 peratus bahawa beliau akan dapat penangguhan kerana ia bukan hak peguam untuk tentukannya”, kata Sithambaram

Kredit – New Media Hit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker