Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah projek bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta berkaitan projek Jana Wibawa, antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Teo Wee Cheng, 65, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Wee Cheng yang juga Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd, didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan RM3.9 juta dan RM7.4 juta, yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.



Ia masing-masing bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan FELDA Waha, di Sedili, Kota Tinggi.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button