Lelaki Masak & Makan Kemaluan Kekasih Sejenis
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang merupakan pembunuh kanibal telah mengakui perbuatanya iaitu membunuh, memasak serta memakan kemaluan kekasihnya.
Rancang pembunuhan
Berkenalan menerusi aplikasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), mangsa Kevin Bacon, dan suspek Mark Latunski telah bertemu ketika malam sambutan Krismas pada tahun 2019.
Namun keesokan harinya keluarga mangsa mendapati bahawa dia telah hilang selepas gagal menghadiri majlis makan malam Krismas. Setelah tiga hari, polis akhirnya menemui kereta mangsa yang ditinggalkan lapan kilometer dari rumah suspek.
Menurut pengakuan suspek, dia menunjukkan kepada polis tempat persembunyian mayat mangsa di bilik bawah tanah rumahnya. Suspek juga mendakwa bahawa mangsa yang menyuruhnya untuk dibunuh, sujurus itu suspek menikam leher mangsa.
Lebih dahsyat lagi, suspek berusia 52 tahun itu dengan kejam telah mencacatkan keadaan mayat kekasihnya dengan digantung terbalik sebelum memotong tekaknya. Malah dia juga mahu menggunakan darah dan tulang mangsa untuk menyuburkan tanaman.
Berikutan itu, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atas sebab merancang pembunuhan.
Sumber: Daily Star